Wednesday, April 20, 2011

Kursus Ternakan Itik JPHPT Tuaran, Sabah


Setelah sekian lama merancang untuk menternak itik...aku telah mengambil langkah pertama dengan mengikuti kursus ternakan itik yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah di Tuaran. Aku kira bernasib baik sebab terpilih menyertai kursus walaupun baru saja mendaftarkan diri sedangkan ramai lg yg sudah lama memohon namun xdapat tawaran. Bermula 11hb April sehingga 15hb April kursus tersebut dijalankan, pelbagai pengalaman menarik yang aku perolehi...daripada pengenalan baka, perumahan itik, pengurusan itik dan juga pembuatan telur masin. Kesemua ilmu itu sangat berguna kepada aku untuk memulakan projek ternakan itik.

11hb April 2011 (hari pertama)

hari pertama kursus kami menghadiri kelas teori bagi ternakan itik. Kami didedahkan dgn kepelbagaian baka itik ternakan dalam negara dan juga cara pengurusan ternakan itik. Ianya disampaikan oleh Puan Jabidah Jacob Yong yang juga merupakan Pegawai Penguasa Pusat Ternakan Unggas dan Arnab di JPHPT Tuaran, Sabah.

Puan Jabidah memberi penerangan

12hb April 2011 (hari kedua)

Pada hari kedua ni kami didedahkan dengan penjagaan dan juga pengurusan itik yang disampaikan oleh en. Rosli Muin iaitu Pegawai di Unit Ternakan Itik Kionsom, Inanam. Beliau mempunyai pengalaman yg cukup luas dalam bidang ini. Selain en. Rosli, kami juga mendapat ilmu berkenaan dgn kaedah penyembelihan haiwan yg disampaikan oleh en. Khalid Umar. Di sebelah ptg pula kami dibawa melawat ladang ternakan itik di Kionsom, Inanam.

En. Rosli Muin

En. Muhd Kadir Umar

Mengenali jantina anak itik

13hb April 2011 (hari ketiga)

pada hari ketiga, kami melakukan amali sepanjang hari itu di pusat ternakan itik di Kionsom, Inanam. Kami diajar cara untuk mejaga dan menguruskan kandang itik, mengutip telur itik, memberi makan, membersihkan telur itik, membuat terlur masin menggunakan air garam dan sebagainya.

Pembuatan telur masin menggunakan air garam

Membersihkan kandang

Hasil kutipan telur

14hb April 2011 (hari keempat)

Kami membuat lawatan sambil belajar di Pusat Demonstrasi Itik di Bongawan. Di pusat ini kami didedahkan dengan kaedah pengasinan telur menggunakan tanah liat. Selain itu kami juga diajar cara mengetahui itik yang tidak bertelur berdasarkan tulang punggung itik tersebut.

Pusat Demonstrasi Itik Bongawan

Peserta kursus

15hb April 2011 (hari kelima)

Pada hari terakhir ini kami didedahkan dengan kelebihan perniagaan berkaitan dgn itik yang disampaikan oleh Dr. Samuil. Mmg sgt berpotensi bisnes ini jika dijalankan dgn sepenuh hati. Setelah selasai, majlis diteruskan dgn upacara penutup dgn juga penyampaian sijil penyertaan.

Dr. Samuil Mopun, Pegawai Veterinar JPHPT Sabah

Penyampai sijil penyertaan




6 comments:

  1. semoga berjaya sran...nanti aq rs mo borong itik ganti ayam time hari raya aq carik ko...hehhe :P tp serius aq respect ko ble tpikir folo bidang ni..

    ReplyDelete
  2. tq zu...blh ba klo kau...bila2 masa jak (padahal start pun blm)...hehe
    lama sdh aku pkir mau buat ni...tp alhamdulillah br skrg dpt pg kursus dia.

    ReplyDelete
  3. bleh ke berkongsi tip2x penting drpd kursus ni?..i berminat jg tapi blum jumpa saluran yg betul untuk mencari info tentang kursus atau skim2x kerajaan yang diperkenalkan..

    ReplyDelete
  4. Selamat petang en. Ashrant..saya sangat berminat dengan penternakan itik ni..buat pengetahuan en. Saya ada memelihara itik secara kecil2an..mohon tunjuk ajar dari en. Saluaran yg betul agar saya boleh menyertai kursus spt yg encik pernah ikuti..wasap saya..0138571675. Sharing is caring..tq.en.

    ReplyDelete
  5. Selamat petang en. Ashrant..saya sangat berminat dengan penternakan itik ni..buat pengetahuan en. Saya ada memelihara itik secara kecil2an..mohon tunjuk ajar dari en. Saluaran yg betul agar saya boleh menyertai kursus spt yg encik pernah ikuti..wasap saya..0138571675. Sharing is caring..tq.en.

    ReplyDelete