Wednesday, April 20, 2011

Kursus Ternakan Itik JPHPT Tuaran, Sabah


Setelah sekian lama merancang untuk menternak itik...aku telah mengambil langkah pertama dengan mengikuti kursus ternakan itik yang dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah di Tuaran. Aku kira bernasib baik sebab terpilih menyertai kursus walaupun baru saja mendaftarkan diri sedangkan ramai lg yg sudah lama memohon namun xdapat tawaran. Bermula 11hb April sehingga 15hb April kursus tersebut dijalankan, pelbagai pengalaman menarik yang aku perolehi...daripada pengenalan baka, perumahan itik, pengurusan itik dan juga pembuatan telur masin. Kesemua ilmu itu sangat berguna kepada aku untuk memulakan projek ternakan itik.

11hb April 2011 (hari pertama)

hari pertama kursus kami menghadiri kelas teori bagi ternakan itik. Kami didedahkan dgn kepelbagaian baka itik ternakan dalam negara dan juga cara pengurusan ternakan itik. Ianya disampaikan oleh Puan Jabidah Jacob Yong yang juga merupakan Pegawai Penguasa Pusat Ternakan Unggas dan Arnab di JPHPT Tuaran, Sabah.

Puan Jabidah memberi penerangan

12hb April 2011 (hari kedua)

Pada hari kedua ni kami didedahkan dengan penjagaan dan juga pengurusan itik yang disampaikan oleh en. Rosli Muin iaitu Pegawai di Unit Ternakan Itik Kionsom, Inanam. Beliau mempunyai pengalaman yg cukup luas dalam bidang ini. Selain en. Rosli, kami juga mendapat ilmu berkenaan dgn kaedah penyembelihan haiwan yg disampaikan oleh en. Khalid Umar. Di sebelah ptg pula kami dibawa melawat ladang ternakan itik di Kionsom, Inanam.

En. Rosli Muin

En. Muhd Kadir Umar

Mengenali jantina anak itik

13hb April 2011 (hari ketiga)

pada hari ketiga, kami melakukan amali sepanjang hari itu di pusat ternakan itik di Kionsom, Inanam. Kami diajar cara untuk mejaga dan menguruskan kandang itik, mengutip telur itik, memberi makan, membersihkan telur itik, membuat terlur masin menggunakan air garam dan sebagainya.

Pembuatan telur masin menggunakan air garam

Membersihkan kandang

Hasil kutipan telur

14hb April 2011 (hari keempat)

Kami membuat lawatan sambil belajar di Pusat Demonstrasi Itik di Bongawan. Di pusat ini kami didedahkan dengan kaedah pengasinan telur menggunakan tanah liat. Selain itu kami juga diajar cara mengetahui itik yang tidak bertelur berdasarkan tulang punggung itik tersebut.

Pusat Demonstrasi Itik Bongawan

Peserta kursus

15hb April 2011 (hari kelima)

Pada hari terakhir ini kami didedahkan dengan kelebihan perniagaan berkaitan dgn itik yang disampaikan oleh Dr. Samuil. Mmg sgt berpotensi bisnes ini jika dijalankan dgn sepenuh hati. Setelah selasai, majlis diteruskan dgn upacara penutup dgn juga penyampaian sijil penyertaan.

Dr. Samuil Mopun, Pegawai Veterinar JPHPT Sabah

Penyampai sijil penyertaan




Monday, April 4, 2011

Masalah Channel Astro

mesti korang ada masalah dgn astro korang kan??? rumah aku pun camtu gak....hampir separuh dari channel kt rumah aku xblh tgk...tp skrg semua channel dah blh tgk...caranya???!!!!

1. amik sebatang kayu panjang (ni bg astro yg terletak tinggi di atas bumbung)
2. jolok reciever astro tu (yg kecik tu)...pastu cek klo ade perubahan kat tv korang...
3. klo xde perubahan gak...try alihkan direction piring astro cket...jgn bnyk sgt.
4. klo xdpt gak...bek korg call jela technician astro...tp kuar fulus lg r. hehe

tu jela yg aku nak share...hehe

daaa... :)