Tuesday, March 1, 2011

SMK (A) Limauan

Kali ni aku nak cerita sekolah yang aku rasa bnyk beri aku pengalaman walaupun hanya belajar selama 2 tahun shj ( tingkatan 4 & 5). Aku cerita sikit pasal sejarah sekolah aku ni. Pada tahun 1884 yang ketika itu British menakluki Sabah, seorang penjajah Inggeris bernama Sir William telah menjadikan tapak sekolah ini sebagai ladang getah namun ketika Jepun mendarat di Sabah pada tahun 1942, ladang tersebut dijual kepada peladang cina dan menjadi markas strategik bagi tentera Jepun pada masa itu tetapi diambil alih oleh Yayasan Sabah setelah Jepun menyerah kalah. Pada tahun 1974, pembinaan universiti pertama di Sabah iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijalankan atas arahan Tun Datu Mustapha (ketua menteri Sabah ketika itu) dan ihsan Pengarah Yayasan Sabah iaitu Syed Kechik dan nama tempat itu yg dulunya dikenali sbg Kebun Kawang kini bertukar menjadi Limauan iaitu daerah kelahiran Tun Mustapha di Kudat. Nama asal sekolah ini yang ditubuhkan pada 20hb Jun 1977 ialah SMK Agama Sabah dan hanya menumpang di SMK Menggatal sehingga 1980. Pada 28hb April 1980, sekolah ini berpindah ke bangunan baru iaitu bekas bangunan UKM sehingga tahun 2002 (masa aku form 5) dan berpindah ke bangunan baru di Kimanis sehingga kini.

Pintu Gerbang

Itulah sejarah sekolah aku ni. Banyak benda aku dpt dari sekolah ni tak kira la yang baik pun ada yang jahat pun ada. Di sekolah ni la aku menjadi aktif dalam ko-kurikulum. Aku terpilih tuk mewakili sekolah dalam sukan hoki walaupun baru pertama kali pegang stik hoki (siap jadi kapten lg tu) ke peringkat daerah sbg Limauan B (sekolah aku hantar 2 wakil dan team aku team dak2 yang baru berjinak2 dgn hoki) dan alhamdulillah dapat gak tmpt ke-3.

Kejohanan Hoki Peringkat Daerah Papar

Aku jgk aktif dalam berpengakap dan turut menjadi Troop Leader masa tu walaupun xlayak sbnrnya. Satu lagi sukan yang aku xpernah sertai iaitu 4x400 meter.
Tempat Ke-2 acara 4x400 Meter

Cerita pasal kenakalan pulak. Nama kelas aku masa form 4 & 5 ialah Al-Farabi dan hny ada dua kelas shj. Dan di sini jgk la aku berjinak2 dgn kegiatan nakal, ponteng kelas dan prep petang, pukul junior, panjat pagar, lepak di blok dak junior time prep malam, curi air tuk mandi di rumah warden, skodeng aspuri dan bnyk lg r. wah! nakal gak aku ni ya. hehe

Inilah dewan terbuka SMALL

Satu peristiwa yang aku ingat ialah pasal kena kejar oleh warden bertugas masa prep malam. Nama warden tu ustaz Jazmi dan merupakan penyokong kuat PAS (selamba je baca Harakah time perhimpunan mingguan). Abis satu blok tingkatan 5 kami keliling berlari sbb dikejar oleh ustaz ni...rasanya dlm 3x pusingan kami buat. Pastu dia dah xkejar n kami lari masuk kelas blik. Ingatkan dah selamat tapi beberapa minit pas kami masuk klas ustaz tu dtg. Apa lg dpt r sorang2 habuan rotan kecil kegemaran beliau. Sakit woo klo ustaz ni rotan. huhu

Blok Tingkatan 5

Bnyk lg cite2 best nak tulis tp xlarat plak rasa. Nanti klo aku rajin aku tulis la lg ye.

Daa~ :D