Thursday, February 3, 2011

Flying with MASwings


Hari ni (03 Februari 2011) aku selamat tiba ke kampung halaman setelah hampir 2 bulan berada di kota kinabalu tuk jaga mak aku kt hospital. Apa yang menarik ialah aku menaiki penerbangan MASwings dari KK ke Tawau. Masa check-in agak terkejut jgk sbb kt monitor tunjuk penerbangan ke sandakan/tawau. Rupa2nya pakcik aku terbeli tiket transit. Tapi ok gak la sbb dpt gak aku tgk pemandangan sbnr sandakan walaupun xturun dr kapal tu. hehe
Bermula perjalanan seawal pukul 6.10 am menuju ke Airport Kota Kinabalu.
MASwings ATR72-500

Selepas je check-in aku dgn mak aku terus menuju ke balai pelepasan di tingkat 1. Lenggang je suasana airport KK mungkin sbb Tahun Baru Cina kot. Duk tunggu hampir sejam jgk sblm dibenarkan masuk. Ni pengalaman pertama aku nek kapal kecik ni. Ruang dia agak sempit sedikit berbanding dgn kapal2 yg digunakan ke semenanjung tp ok gak la. Memulakan penerbangan tepat pukul 7.40am dari KK menuju Sandakan yang ambil masa lbh krg 45 minit.
Sepanjang penerbangan tu aku dpt tgk pemandangan sekitar Kinabalu sbb kapal ini hanya terbang agak rendah berbanding kapal2 komesial yg lain. Pemandangan paling cantik yang aku dpt tgk bila kapal terbang MASwings terbang betul2 sebelah dgn puncak gunung kinabalu. Sungguh indah ciptaan Allah! (muhasabah diri jap). hehe
Pemandangan Gunung Kinabalu dari MASwings

Selepas berada di atas kapal lbh krg 45 minit, akhirnya kapten kapal mengumumkan sebentar lg kami akan mendarat di airport sandakan. Sampai gak aku di Sandakan. Kami terpaksa menunggu 20 minit di dalam kapal sementara penumpang dari sandakan yang ingin ke tawau memasuki kapal. Disebabkan masalah bahasa, penumpang Jepun yg duduk betul2 di sebelah tmpt duduk aku turun sbb ingatkan dah sampai airport tawau. Nasib baik sempat masuk blik.
Airport Sandakan
(amik dari dlm kapal je sbb xleh turun. huhu)
Setelah semua penumpang memasuki kapal, kami meneruskan penerbangan ke tawau dgn keadaan landasan yang basah disebabkan hujan yg turun ketika kami sampai. Dalam pukul 9.25 am aku selamat sampai di airport tawau. Kakak ipar aku yg dtg jemput aku dgn mak aku balik kunak. Sampai rumah je trus sambung tido yg tertangguh. huhu

Airport Tawau

2 comments: