Thursday, February 24, 2011

Felda Sahabat Lahad Datu

Bosan btul lepak rumah xbuat apa2 ni. Banyak plan yg dirancang tp xstart2 lg sbb bnyk benda yg perlu dipertimbangkan. Itik, kambing, ikan bilis, ayam segar - semua ini termasuk dlm rancangan aku tp perlu diambil kira permintaan pasaran jgk. Baru2 ni cousin aku ajak p rumah mereka di Felda Sahabat tuk tgk tanah kosong di blkg rumahnya. Best jgk dpt p sana sbb dpt tgk tmpt org walaupun aku pernah p sekali ke sana.

Pintu masuk ke Bandar Sahabat, Felda Sahabat Lahad Datu

Aku ke sana selama 4 hari. Sampai sana tgh malam sbb kami gerak agak lambat dari rumah. Sampai je terus tidur dgn xmandi langsung. Keesokan harinya aku follow cousin aku p Pantai Sahabat 16 yg juga dikenali sbg Desa Kencana (kalau xsilap la...;p) berdekatan dgn pejabat pentadbiran Felda Sahabat.

Pantai Felda Sahabat

Pantai dia agak cantik jgk sbb bnyk pokok yg tinggi dan terdapat juga laluan tuk pejalan kaki menyusuri pantai tersebut di bwh rimbunan pokok2. Terdapat juga jeti atau pelabuhan minyak Felda berdekatan pantai ni.

Laluan pejalan kaki

Jeti Felda Sahabat

Di pantai ini jugak terletaknya pusat pentadbiran Felda untuk seluruh Sabah. Felda Sahabat ini merupakan felda terbesar di Sabah bahkan mungkin juga di Malaysia. Keluasannya saujana mata memandang dgn pemandangan kelapa sawit sepanjang jalan. Apa2 pun puas hati dpt menjelajah di felda ni dgn mengelilingi keseluruhan kawasan felda.

Kompleks Pejabat Felda



Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidur Rasul 1432H


Ingat plak masa kecik2 dulu...selalu join dak2 tmpt ngaji masuk pertandingan nasyid peringkat daerah tp xpernah menang pun. huhu
Hari ni merupakan hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W dan spt biasa sambutan spt perarakan dan nasyid masih diadakan di daerah aku ni (tp aku xpg tgk r). Dalam pukul 11 lebih...member kamceng sejak kecik sblh rumah...ustaz Zulkifli (baru seminggu dpt title ustaz sbb br je posting) panggil ajak g mandi manda kt mostyn (salah satu ladang kelapa sawit kt tmpt aku). So dgn hati yg agak hepi (sbb bosan duk rumah) trus bersetuju.
Kami gerak dlm pukul 12...pastu pg rumah member jap sbb mintak tlg belikan minyak tanah nak bakar rumput kt dpn rumah. Dalam 12.30 kami gerak. Tapi malangnya kawasan kolam kt mostyn tu xleh mandi. maka terpaksa la kami ubah plan A ke plan B iaitu mandi je kt air terjun madai. Sampai je kami terus g solat sbb takut terlajak plak. Luas gak surau dia...siap ada air-cond lg.

Surau kat Pusat Sejadi Madai, Kunak

Abis solat je kami terus turun ke air terjun tuk mandi. Air dia agak jernih gak sbb 2-3 hari xhujan.
Air Terjun Madai siap dgn pelangi skali. :P

Kalau datang lepas hujan kompem xbernafsu nak mandi. Kami salin siap2 pakaian mandi kat surau sblm turun. Best gak mandi ramai2 tp terpaksa kontrol2 sbb ada dak2 pompuan (geng2 cekgu) join skali.

Tangga menuju ke kolam air terjun

Terdapat juga jambatan gantung si tempat ni. ketinggiannya lbh krg 40 meter dari aras sungai.

Laluan ke Jambatan Gantung
Berenang ke tempat air terjun tu mmg menyeramkan sbb dah ramai yg meninggal dunia time mandi kt situ. Kami lepak di blkg air terjun tu...mmg best sbb angin dia agak kuat. kami berendam dalam 2 jam sblm naik tuk salin baju.

Pondok persalinan yg berkunci

Tandas yang agak bersih.

Perut mula terasa lapar sbb xmakan tengahari lg. Sampai rumah je terus menuju ke meja makan. Buka je tudung saji terhidang ikan bakar bersama sambal tomato. perghhhh!!! mmg terbaik la. Jemput makan kawan2. ngeee~

Kantin

Thursday, February 3, 2011

Flying with MASwings


Hari ni (03 Februari 2011) aku selamat tiba ke kampung halaman setelah hampir 2 bulan berada di kota kinabalu tuk jaga mak aku kt hospital. Apa yang menarik ialah aku menaiki penerbangan MASwings dari KK ke Tawau. Masa check-in agak terkejut jgk sbb kt monitor tunjuk penerbangan ke sandakan/tawau. Rupa2nya pakcik aku terbeli tiket transit. Tapi ok gak la sbb dpt gak aku tgk pemandangan sbnr sandakan walaupun xturun dr kapal tu. hehe
Bermula perjalanan seawal pukul 6.10 am menuju ke Airport Kota Kinabalu.
MASwings ATR72-500

Selepas je check-in aku dgn mak aku terus menuju ke balai pelepasan di tingkat 1. Lenggang je suasana airport KK mungkin sbb Tahun Baru Cina kot. Duk tunggu hampir sejam jgk sblm dibenarkan masuk. Ni pengalaman pertama aku nek kapal kecik ni. Ruang dia agak sempit sedikit berbanding dgn kapal2 yg digunakan ke semenanjung tp ok gak la. Memulakan penerbangan tepat pukul 7.40am dari KK menuju Sandakan yang ambil masa lbh krg 45 minit.
Sepanjang penerbangan tu aku dpt tgk pemandangan sekitar Kinabalu sbb kapal ini hanya terbang agak rendah berbanding kapal2 komesial yg lain. Pemandangan paling cantik yang aku dpt tgk bila kapal terbang MASwings terbang betul2 sebelah dgn puncak gunung kinabalu. Sungguh indah ciptaan Allah! (muhasabah diri jap). hehe
Pemandangan Gunung Kinabalu dari MASwings

Selepas berada di atas kapal lbh krg 45 minit, akhirnya kapten kapal mengumumkan sebentar lg kami akan mendarat di airport sandakan. Sampai gak aku di Sandakan. Kami terpaksa menunggu 20 minit di dalam kapal sementara penumpang dari sandakan yang ingin ke tawau memasuki kapal. Disebabkan masalah bahasa, penumpang Jepun yg duduk betul2 di sebelah tmpt duduk aku turun sbb ingatkan dah sampai airport tawau. Nasib baik sempat masuk blik.
Airport Sandakan
(amik dari dlm kapal je sbb xleh turun. huhu)
Setelah semua penumpang memasuki kapal, kami meneruskan penerbangan ke tawau dgn keadaan landasan yang basah disebabkan hujan yg turun ketika kami sampai. Dalam pukul 9.25 am aku selamat sampai di airport tawau. Kakak ipar aku yg dtg jemput aku dgn mak aku balik kunak. Sampai rumah je trus sambung tido yg tertangguh. huhu

Airport Tawau