Wednesday, December 1, 2010

Kedukaan Dalam Kegembiraan

Perasaan bercampur baur sekarang ni. Perasaan gembira kerana akhirnya dapat jgk merasai nikmat berkonvokesyen setelah sekian lama bertarung. Aku xsangka aku mampu lakukan sehingga tahap ini padahal di awal2 sem sdh tersemat dlm kepala yg aku xkan dpt menamatkan pengajian. Ini semua berkat sokongan keluarga aku dan jg sahabat2 terutamanya komander kesatria dan bomba. Perasaan xcited semasa menaiki pentas dan saat Naib Canselor menyebut "Asran...tahniah!" masih berlegar2 dlm fikiran. emak aku punya bangga sehinggakan saat aku menaiki pentas beliau bgtau org yg duduk sblh dia "tu anak aku". Terima kasih mak sebab pengorbanan yang telah engkau berikan. Tidak mampu ku balas walaupun dengan duit yang bertimbun2. Kegembiraan beliau menyaksikan aku menaiki pentas merupakan salah satu ganjaran yang wajar beliau kecapi walaupun hanya secebis saja.
Namun kini dalam kegembiraan itu terpalit kedukaan dan kesedihan dalam dirinya. Sehari selepas menghadiri majlis konvokesyenku, mak telah pergi menjalani pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan tersebut mendapati mak disahkan menghidap penyakit kanser buah pinggang. Ya Allah! sungguh besar dugaanMu kepada mak. Di saat beliau ingin menikmati kegembiraan meraikan kejayaan dua org anaknya yang berjaya menamatkan pengajian di UiTM, khabar itu benar2 melemahkan dirinya. Kegembiraan beliau hanya seketika dan kini kedukaan menyulami hati dan dirinya.
Aku perlu melakukan pengorbanan walaupun hanya sebesar zarah jika dibandingkan dgn pengorbanan mak yang menggunung. Pengorbanan ini seumpama setitis air yang jatuh di tengah lautan. Jangan bimbang mak, anak-anakmu sentiasa ada di sisimu setiap masa bila kau memerlukan. Semoga mak segera sembuh dan gembira seperti sediakala. AMIN YA ALLAH!



1 comment:

  1. ya Allah...
    Kau Maha Mengetahui apa yang tidak hamba2-Mu ketahui...Kau berikanlah kesabaran yang tinggi kepada insan ini dalam menempuh segala dugaan-Mu..smoga kesihatan ibu insan ini pulih seperti sedaikala..insya-Allah..amiin~

    ReplyDelete