Sunday, December 5, 2010

Konvoi Ke-4 C3: Pulau Pinang


Kami konvoi lagi dan kali ini kami ke Pulau Pinang. Pada asalnya aku xterpikir untuk join sekali sbb masa tu aku under INSEP training tuk IT Pro Certificate tp disebabkan naluri kuat aku memaksa aku tuk join skali konvoi tu walaupun terpaksa ponteng 3 hari training tu (tp dpt gak certificate tu...hehe). Walaupun penyertaan kali ini tidak menggalakkan tp yang bestnya mostly yg g adalah alumni. Syok dpt lepak ngan member2 lama. Dan yang lg best konvoi kali ni kami gerak pd waktu malam.

My Budies

Kami kumpul kat Kolej Teratai 5 (lokasi wajib berkumpul setiap konvoi) seawal jam 9.00pm. Kami bergerak dalam jam 11.00 lebih. sepanjang perjalanan kami terpaksa memastikan pemandu kami, farhan@oneyh tidak ngantuk ataupun bersendirian. Perhentian pertama kami di R&R Tapah. Kami lepak minum samentara tunggu dak2 motor sampai. Dah puas rehat, kami teruskan perjalanan menuju ke Kuala Kangsar iaitu ke rumah Fairuz@Yut tuk makan sup ayam. Sampai2 je kami disambut dgn keadaan rumah yang sgt klasik dan menyeramkan mereka2 yang xbiasa dgn rumah spt itu. Best gak lepak kt rumah tu ramai2 sambil menunggu sup ayam yut siap dimasak.

Rumah antik Yut

Selepas kenyang makan sup dan tidur sekejap di rumah tu, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang seawal jam 6.30am menuju ke rumah Bazli tuk mandi dan makan. Selesai je makan dan mandi, kami bersiap2 tuk meneruskan perjalanan ke Pulau pulak.
Sebelum berlepas ke Pulau. :P

Best dpt naik jambatan Pulau Pinang tuk kali kedua. Kami memilih camp site kami di tepi pandai Batu Feringgi. Kami juga pergi makan kat Restoran mamak yang agak terkenal jgk (xingat nama dah). Malam tu kami berjalan2 di Pasar Gelap@Malam kt sekitar Batu Feringgi tu tp xbeli apa2 pun. huhu

Night Market @ Batu Feringgi

Malam tu jgk kami buat Berbeque di tepi pantai. Aku, kimi, farhan dan azahari mandi laut malam tu walaupun sgt xbest sbb bnyk sgt pasir masuk dlm seluar. Dah penat mandi kat tidur dgn beralaskan kerusi santai tepi pantai tu. Tengah syok tidur tiba2 hujan plak turun. Berlari kami cari tempat nak berteduh. Last skali tidur dlm keta syai@rukawap. huhu Bangun pagi je mata semua bengkak sbb xcukup tidur. Pagi tu kami sambung mandi laut dgn penuh gembira sambil bermain frisbee n bola tampar.

Pantai Batu Feringgi

Kami bertolak balik ke Shah Alam dalam jam 12.00pm dengan menaiki feri ke tanah besar. nasib baik keta kami dalm feri yang sama dgn keta syai. dpt gak bergambar2 di atas feri tu. Perjalanan balik agak pantas disebabkan masing2 bergerak ikut kelajuan masing. Sampai Shah Alam sekitar 7.00pm dan aku terus balik ke Cheras. Apapun ni merupakan antara konvoi yang sgt2 best sebab dapat berkumpul dgn member2 rapat. Hilang tension masa training bila dpt join konvoi ni. hehe InsyaAllah next konvoi aku join lg. Amin

Wednesday, December 1, 2010

Kedukaan Dalam Kegembiraan

Perasaan bercampur baur sekarang ni. Perasaan gembira kerana akhirnya dapat jgk merasai nikmat berkonvokesyen setelah sekian lama bertarung. Aku xsangka aku mampu lakukan sehingga tahap ini padahal di awal2 sem sdh tersemat dlm kepala yg aku xkan dpt menamatkan pengajian. Ini semua berkat sokongan keluarga aku dan jg sahabat2 terutamanya komander kesatria dan bomba. Perasaan xcited semasa menaiki pentas dan saat Naib Canselor menyebut "Asran...tahniah!" masih berlegar2 dlm fikiran. emak aku punya bangga sehinggakan saat aku menaiki pentas beliau bgtau org yg duduk sblh dia "tu anak aku". Terima kasih mak sebab pengorbanan yang telah engkau berikan. Tidak mampu ku balas walaupun dengan duit yang bertimbun2. Kegembiraan beliau menyaksikan aku menaiki pentas merupakan salah satu ganjaran yang wajar beliau kecapi walaupun hanya secebis saja.
Namun kini dalam kegembiraan itu terpalit kedukaan dan kesedihan dalam dirinya. Sehari selepas menghadiri majlis konvokesyenku, mak telah pergi menjalani pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan tersebut mendapati mak disahkan menghidap penyakit kanser buah pinggang. Ya Allah! sungguh besar dugaanMu kepada mak. Di saat beliau ingin menikmati kegembiraan meraikan kejayaan dua org anaknya yang berjaya menamatkan pengajian di UiTM, khabar itu benar2 melemahkan dirinya. Kegembiraan beliau hanya seketika dan kini kedukaan menyulami hati dan dirinya.
Aku perlu melakukan pengorbanan walaupun hanya sebesar zarah jika dibandingkan dgn pengorbanan mak yang menggunung. Pengorbanan ini seumpama setitis air yang jatuh di tengah lautan. Jangan bimbang mak, anak-anakmu sentiasa ada di sisimu setiap masa bila kau memerlukan. Semoga mak segera sembuh dan gembira seperti sediakala. AMIN YA ALLAH!