Friday, November 12, 2010

Aku Surveyor


fuhh...lama gila xupdate blog aku ni. jangankan sawang, anai2 pun dah buat sarang dah. pasal tajuk aku, sebenarnya aku nak kongsi cket pengalaman minggu pertama aku jadi surveyor aku dalam BMnya Juruukur Tanah. ramai org ckp best klo dpt keja-keja yang ada site ni. konon2 xbosan duk ofis je. yeke xbosan???best ape bleh main FB setiap masa, leh duk bawah air-cond xyah berpanas, duduk atas kerusi empuk...tul kan??? ntahla xbest kot bg yg dah bosan duk ofis. ok2 kembali ke tajuk asal....hari first aku keje as a surveyor ni xdela mencabar sgt sbb bos suh duk ofis je. sampai2 je ofis bos suruh buat checking tuk strata title yg dah siap ukur kt kawasan bangi. aku pun dgn semangat freshie memulakan kiraan tersebut tuk dptkan beza ukuran yg dibuat oleh kontraktor yg buat bangunan tu dgn ukuran yg dibuat oleh surveyor. kira pny kira...bos aku dtg tny setakat mana aku dah kira. aku ckp r dah dua drawing aku kira. check pny check rupanya akak yg draw plan tu tersilap bagi plan. blh plak dia bg plan blok A padahal aku kena kira plan blok B. terpaksa la buat kiraan balik. sia2 tenaga aku 3jam tu. huhu pastu aku sambung kira balik drawing tu. dalam kul 11lebey bos suruh masuk blik dia kejap. cuak gak aku kot2 dia nak suruh aku handle projek trus. fresh lg kot aku ni. bnyk benda kena blajar blik. huhu masuk2 je bilik bos dia suruh duduk. duduk je aku trus dia tny pasal lesen keta. hahaha aku dah agak dah mst dia tanya pasal tu. untuk pengetahuan anda semua...syarat asas nak jadi surveyor kena ada lesen keta sebab kena pg site. aku pun xtau napa la bos aku amik aku keje padahal dia tau aku xde lesen. huhu rezeki aku la kot.
keesokan harinya bos suruh aku follow senior aku g site kt Mont Kiara. kawasan pembinaan apartment yg agak besar gak. sampai2 je pak guard tapak tu xbg masuk sbb bos dia xde. lama gak tunggu sampai dkt kol 9 br bos dia bg kebenaran masuk. sengal pny PM...org nak siap keja awal dia lak leh pg minum sampai berjam2. huhu keja kt site ni siap dlm kul 2lebey gak. nasib bek xpanas sgt. huhu time ni aku blajar cmne nak cari batu yg dah hilang, cmne nak start keja klo xde batu yg ditemui dan bnyk lg la.
skrg ni dah hampir seminggu aku keja. tp perasaan xcited tu still xde lg dgn senior aku yang xberborak sgt. asyik nak ketat je muka. huhu apapun aku kena bersabar...mmg inilah dugaannya klo nak berjaya dlm sesuatu bidang. xde org yg sempurna even dia dah pakar dlm bidang dia (pinjam ayat bos aku jap).
okla aku nak tido dulu. sok pagi kena g site lak kul 7.30 kt Kapar. nnt klo ada cite menarik la aku akan share ngan korg yg nak baca la. hehe


daaa....

2 comments:

  1. smoga berjaya menempuh 3 bulan percubaan tu kmnder!! ganbatte kudasai~ ✿


    notakaki: SALAM AIDIL ADHA!! (^^_)

    ReplyDelete