Tuesday, March 23, 2010

Kembung Perut...:(

dua tiga hari ni perut asyik masuk angin je. member ckp mgkn sbb makan makanan yang xbersih. xtau la mgkn btul gak kot sbb hari tu makan sate kat uptown rasa mcm xcukup masak je. huhu ni petua nak legakan kembung perut. baru amik kat internet tadi.

Cara2 menyediakan air halia tuk masalah kembung perut:

1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment