Tuesday, March 30, 2010

Sunway Pyramid Ice Skating

dah lama aku teringin nak main ice skating kat sunway tu dan akhirnya hajat aku itu tercapai jgk. bertolak dari rumah kat sek18 ke kolej teratai dalam kol 9 then g rumah sya dgn mamu. sampai2 je rumah sya mak dia masakkan lak behoon. sedap woo (sbb free) behoon mak sya. pas makan ktorg g amik zati (member sya) kat stesen ktm subang jaya then tros g sunway pyramid. ramai gak org masa tu sbb weekend. ktorg trus g kaunter tny harga. RM26 sekepala (makaih mahal siot) tp disebabkan teringin nak main terpaksala jgk berkorban. mmg ramai gler org main masa tu sampai mcm xcukup ruang nak main. sgt2 best bermain ice skating ni walaupan awalnya asyik jatuh jer. hehe

di tgh2 org ramai yang bermain skali


cubaan pertama..


lenguh kaki jgk main benda alah ni...huhu

Monday, March 29, 2010

ArcGIS 9.3

setelah sekian lama berusaha tuk install software ni akhirnya berjaya jgk aku meng'install'nya. tq to akak lab sbb bagi manual software ni. so skrg ni proses menganalisis data boleh dilaksanakan. due date submit progress report hari jumaat ni. harap2 dr sayed xkomen lebih2 nnt. huhu

Tuesday, March 23, 2010

Kembung Perut...:(

dua tiga hari ni perut asyik masuk angin je. member ckp mgkn sbb makan makanan yang xbersih. xtau la mgkn btul gak kot sbb hari tu makan sate kat uptown rasa mcm xcukup masak je. huhu ni petua nak legakan kembung perut. baru amik kat internet tadi.

Cara2 menyediakan air halia tuk masalah kembung perut:

1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!


Sunday, March 21, 2010

Konvoi Bukit Tinggi dan Genting Highland

destinasi konvoi seterusnya selepas bukit Fraser ialah Bukit Tinggi yang terletak di Pahang. ahli adalah org yang sama ketika konvoi ke Bukit Fraser dan terdapat penambahan sorg member aku, zapet. perancangan asal hanya pergi ke Bukit Tinggi namun kehampaan disebabkan tak berkemampuan tuk masuk ke Colmar Village telah membawa kami ke Genting Highland. perjalanan ke kedua2 tempat ini agak mencabar kerana laluan yang berliku2...huhu
mandi manda di sungai lentang

perjalanan menuju Colmar Village, Bukit Tinggi Pahang

kehampaan kerana tak mampu masuk ke Colmar Village yang mengenakan bayaran RM10 sorg...lari bajet woo!

gambar kenangan sblm meninggalkan bukit tinggi

selamat mendarat di Genting Highland

kabus yg agak tebal. lepak seketika sblm ronda2 genting highland

kat Genting Highland

Thursday, March 18, 2010

Windows 7 or Windows XP?

malam ni tahap kesabaranku benar2 teruji oleh windows 7 ni...dah la tesis aku banyak lagi yang nak siapkan...nak install software pun x boleh...masa guna windows XP xde plak problem macam skrg ni...senang je klo nak install apa2 software....WINDOWS 7 SUCKS!!!!!

Monday, March 15, 2010

Resepi Nasi Kuning...:P

lama gler xmakan nasi kuning...ingat nak try masak la tapi resepi x amik lagi...huhu hari tu dah call mak aku minta resepi tapi buku resepi tu ilang plak...huhu tapi nilah fav food aku mase kecik2 dulu...org kg ckp nasi kuning mak aku paling sedap...org kg ckp la aku iyakan je...hehe

Thursday, March 11, 2010

sleep sleep ciken...=.='

sejak laptop aku masuk icu...aku asyik teringat je kat die...(time ada xde lak nak jaga)...huhu mybe sbb terpikir pasal tesis yang xsiap2 lagi...ya Allah! berilah kekuatan pada hambaMu ini...2-3 hari ni xleh nak tido awal...nak layan FB pon boring gak sbb xramai online...huhu

Tuesday, March 9, 2010

Fraser Hill Unofficial Convoy

sabtu baru2 ni aku ngan geng2 komander seramai 6 org termasuk aku telah konvoi ke bukit Fraser tuk release tension....huhu sepanjang perjalanan nak sampai kat puncak Fraser tu sungguh mencabar dgn jalan yang berliku-liku...mmg kegemaran kuzen (salah sorg rombongan) layan corner kat Fraser ni...dia dah hafal jalan kat Fraser sebab tu la dia berani nak layan lap...huhu ktorg yg first time sampai cuak gak ngan jalan tu...silap sket leh masuk gaung...huhu

menara jam Fraser

empangan selangor (lokasi filem "i'm not single")

air terjun




Thursday, March 4, 2010

Konvoi Komander Teluk Batik

dah lebih 2 minggu konvoi komander berlalu tapi baru skrg terpikir nak post dalam blog ni...hehe ni merupakan konvoi ktorg yang ketiga after Port Dickson, negeri Sembilan dan Cherating, Pahang....kali ni kami buat kat Perak iaitu Teluk Batik...penat lak nak taip panjang2...huhu korang tgk gambar jela k...hehe

kumpul kat kolej teratai 5

makan kat bidor

geng2 jantan

amap and da gang

makan time lepas penat berendam kat laut

puks, aku n oneyh

sukaneka pecah belon

human tower

bola tampar

hepi day

mandi laut

banana boat

siap2 nak balik

commander convoy club

perjalanan pulang

Wednesday, March 3, 2010

lepas tension...huhu


pening kepala aku pikir pasal tesis ni...huhu asal la xbagi ktorg buat praktikal je masa final sem...xyah nak pening2 macam skrg ni...last2 aku ngan salimi terpaksa pergi melepaskan tension dengan bermain bowling kat ole2...salimi bertambah tension sbb asyik kalah ngan aku je...hahaha hang sabaq no salimi.