Sunday, December 5, 2010

Konvoi Ke-4 C3: Pulau Pinang


Kami konvoi lagi dan kali ini kami ke Pulau Pinang. Pada asalnya aku xterpikir untuk join sekali sbb masa tu aku under INSEP training tuk IT Pro Certificate tp disebabkan naluri kuat aku memaksa aku tuk join skali konvoi tu walaupun terpaksa ponteng 3 hari training tu (tp dpt gak certificate tu...hehe). Walaupun penyertaan kali ini tidak menggalakkan tp yang bestnya mostly yg g adalah alumni. Syok dpt lepak ngan member2 lama. Dan yang lg best konvoi kali ni kami gerak pd waktu malam.

My Budies

Kami kumpul kat Kolej Teratai 5 (lokasi wajib berkumpul setiap konvoi) seawal jam 9.00pm. Kami bergerak dalam jam 11.00 lebih. sepanjang perjalanan kami terpaksa memastikan pemandu kami, farhan@oneyh tidak ngantuk ataupun bersendirian. Perhentian pertama kami di R&R Tapah. Kami lepak minum samentara tunggu dak2 motor sampai. Dah puas rehat, kami teruskan perjalanan menuju ke Kuala Kangsar iaitu ke rumah Fairuz@Yut tuk makan sup ayam. Sampai2 je kami disambut dgn keadaan rumah yang sgt klasik dan menyeramkan mereka2 yang xbiasa dgn rumah spt itu. Best gak lepak kt rumah tu ramai2 sambil menunggu sup ayam yut siap dimasak.

Rumah antik Yut

Selepas kenyang makan sup dan tidur sekejap di rumah tu, kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang seawal jam 6.30am menuju ke rumah Bazli tuk mandi dan makan. Selesai je makan dan mandi, kami bersiap2 tuk meneruskan perjalanan ke Pulau pulak.
Sebelum berlepas ke Pulau. :P

Best dpt naik jambatan Pulau Pinang tuk kali kedua. Kami memilih camp site kami di tepi pandai Batu Feringgi. Kami juga pergi makan kat Restoran mamak yang agak terkenal jgk (xingat nama dah). Malam tu kami berjalan2 di Pasar Gelap@Malam kt sekitar Batu Feringgi tu tp xbeli apa2 pun. huhu

Night Market @ Batu Feringgi

Malam tu jgk kami buat Berbeque di tepi pantai. Aku, kimi, farhan dan azahari mandi laut malam tu walaupun sgt xbest sbb bnyk sgt pasir masuk dlm seluar. Dah penat mandi kat tidur dgn beralaskan kerusi santai tepi pantai tu. Tengah syok tidur tiba2 hujan plak turun. Berlari kami cari tempat nak berteduh. Last skali tidur dlm keta syai@rukawap. huhu Bangun pagi je mata semua bengkak sbb xcukup tidur. Pagi tu kami sambung mandi laut dgn penuh gembira sambil bermain frisbee n bola tampar.

Pantai Batu Feringgi

Kami bertolak balik ke Shah Alam dalam jam 12.00pm dengan menaiki feri ke tanah besar. nasib baik keta kami dalm feri yang sama dgn keta syai. dpt gak bergambar2 di atas feri tu. Perjalanan balik agak pantas disebabkan masing2 bergerak ikut kelajuan masing. Sampai Shah Alam sekitar 7.00pm dan aku terus balik ke Cheras. Apapun ni merupakan antara konvoi yang sgt2 best sebab dapat berkumpul dgn member2 rapat. Hilang tension masa training bila dpt join konvoi ni. hehe InsyaAllah next konvoi aku join lg. Amin

Wednesday, December 1, 2010

Kedukaan Dalam Kegembiraan

Perasaan bercampur baur sekarang ni. Perasaan gembira kerana akhirnya dapat jgk merasai nikmat berkonvokesyen setelah sekian lama bertarung. Aku xsangka aku mampu lakukan sehingga tahap ini padahal di awal2 sem sdh tersemat dlm kepala yg aku xkan dpt menamatkan pengajian. Ini semua berkat sokongan keluarga aku dan jg sahabat2 terutamanya komander kesatria dan bomba. Perasaan xcited semasa menaiki pentas dan saat Naib Canselor menyebut "Asran...tahniah!" masih berlegar2 dlm fikiran. emak aku punya bangga sehinggakan saat aku menaiki pentas beliau bgtau org yg duduk sblh dia "tu anak aku". Terima kasih mak sebab pengorbanan yang telah engkau berikan. Tidak mampu ku balas walaupun dengan duit yang bertimbun2. Kegembiraan beliau menyaksikan aku menaiki pentas merupakan salah satu ganjaran yang wajar beliau kecapi walaupun hanya secebis saja.
Namun kini dalam kegembiraan itu terpalit kedukaan dan kesedihan dalam dirinya. Sehari selepas menghadiri majlis konvokesyenku, mak telah pergi menjalani pemeriksaan kesihatan di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Hasil pemeriksaan tersebut mendapati mak disahkan menghidap penyakit kanser buah pinggang. Ya Allah! sungguh besar dugaanMu kepada mak. Di saat beliau ingin menikmati kegembiraan meraikan kejayaan dua org anaknya yang berjaya menamatkan pengajian di UiTM, khabar itu benar2 melemahkan dirinya. Kegembiraan beliau hanya seketika dan kini kedukaan menyulami hati dan dirinya.
Aku perlu melakukan pengorbanan walaupun hanya sebesar zarah jika dibandingkan dgn pengorbanan mak yang menggunung. Pengorbanan ini seumpama setitis air yang jatuh di tengah lautan. Jangan bimbang mak, anak-anakmu sentiasa ada di sisimu setiap masa bila kau memerlukan. Semoga mak segera sembuh dan gembira seperti sediakala. AMIN YA ALLAH!



Friday, November 12, 2010

Aku Surveyor


fuhh...lama gila xupdate blog aku ni. jangankan sawang, anai2 pun dah buat sarang dah. pasal tajuk aku, sebenarnya aku nak kongsi cket pengalaman minggu pertama aku jadi surveyor aku dalam BMnya Juruukur Tanah. ramai org ckp best klo dpt keja-keja yang ada site ni. konon2 xbosan duk ofis je. yeke xbosan???best ape bleh main FB setiap masa, leh duk bawah air-cond xyah berpanas, duduk atas kerusi empuk...tul kan??? ntahla xbest kot bg yg dah bosan duk ofis. ok2 kembali ke tajuk asal....hari first aku keje as a surveyor ni xdela mencabar sgt sbb bos suh duk ofis je. sampai2 je ofis bos suruh buat checking tuk strata title yg dah siap ukur kt kawasan bangi. aku pun dgn semangat freshie memulakan kiraan tersebut tuk dptkan beza ukuran yg dibuat oleh kontraktor yg buat bangunan tu dgn ukuran yg dibuat oleh surveyor. kira pny kira...bos aku dtg tny setakat mana aku dah kira. aku ckp r dah dua drawing aku kira. check pny check rupanya akak yg draw plan tu tersilap bagi plan. blh plak dia bg plan blok A padahal aku kena kira plan blok B. terpaksa la buat kiraan balik. sia2 tenaga aku 3jam tu. huhu pastu aku sambung kira balik drawing tu. dalam kul 11lebey bos suruh masuk blik dia kejap. cuak gak aku kot2 dia nak suruh aku handle projek trus. fresh lg kot aku ni. bnyk benda kena blajar blik. huhu masuk2 je bilik bos dia suruh duduk. duduk je aku trus dia tny pasal lesen keta. hahaha aku dah agak dah mst dia tanya pasal tu. untuk pengetahuan anda semua...syarat asas nak jadi surveyor kena ada lesen keta sebab kena pg site. aku pun xtau napa la bos aku amik aku keje padahal dia tau aku xde lesen. huhu rezeki aku la kot.
keesokan harinya bos suruh aku follow senior aku g site kt Mont Kiara. kawasan pembinaan apartment yg agak besar gak. sampai2 je pak guard tapak tu xbg masuk sbb bos dia xde. lama gak tunggu sampai dkt kol 9 br bos dia bg kebenaran masuk. sengal pny PM...org nak siap keja awal dia lak leh pg minum sampai berjam2. huhu keja kt site ni siap dlm kul 2lebey gak. nasib bek xpanas sgt. huhu time ni aku blajar cmne nak cari batu yg dah hilang, cmne nak start keja klo xde batu yg ditemui dan bnyk lg la.
skrg ni dah hampir seminggu aku keja. tp perasaan xcited tu still xde lg dgn senior aku yang xberborak sgt. asyik nak ketat je muka. huhu apapun aku kena bersabar...mmg inilah dugaannya klo nak berjaya dlm sesuatu bidang. xde org yg sempurna even dia dah pakar dlm bidang dia (pinjam ayat bos aku jap).
okla aku nak tido dulu. sok pagi kena g site lak kul 7.30 kt Kapar. nnt klo ada cite menarik la aku akan share ngan korg yg nak baca la. hehe


daaa....

Sunday, July 18, 2010

Ole-Ole Dari Asak


Hadiah paling mahal aku pernah dapat. hoho Thank You Asak. :)

Saturday, July 3, 2010

1st July 2010

tarikh ni menyimpan satu kenangan yg aku xkan lupakan. aku suka tarikh ni. semoga ianya menjadi titik permulaan dalam mencorak masa depanku. :)

Tuesday, June 29, 2010

Interview

kira2 kol 11 lbh aku dpt call dr recruitment company, Akar Insan Sdn Bhd yg bertnggungjawab merekrut pekerja baru tuk Maybank. dia suh aku dtg g syarikat dia tuk interview. tp masalahnya time dia call aku ada kat sabah. adehhh terpaksa la lepaskan pengalaman 1st interview aku. huuuu

Wednesday, June 23, 2010

Makan...Makan dan Makan!!! =.='

balik kg je mst perut makin naik. adehhh lama dah cari tempat men volleyball. ada jgk terpandang court vb tp di kampung sblh. huhu banyak lemak2 yg xterbakar lg ni. tahap keboroian semakin mengembang.

Saturday, June 12, 2010

Wednesday, June 2, 2010

Finally.....:)


Alhamdulillah...Siap gak akhirnya tesis aku. yg lagi best aku dapat merasa nikmat org abis study. hoho dah xyah pening2 pikir nak g kelas, bangun awal, buat assignment dll. hahaha hamba sgt2 gumbira walaupun bnyk sgt cabaran terpaksa dihadapi. Skrg kena pikir pasal masa depan pulak. Kerja dan buat side income for my future life.

Tuesday, May 18, 2010

Menghitung hari...:)

dah bertahun2 aku tunggu...akhirnya dpt gak aku rasa nikmatnya org abis study. hehe tapi mcm besa la mst akan rindu bnyk benda time study especially kenangan jadi KOMANDER BOMBA dan menjadi sebahagian dari KOMANDER KESATRIA. awal2 jadi komander ade gak rasa menyesal tapi komander la yg banyak ajar aku erti kehidupan, erti persahabatan, tanggungjawab dan bnyk lg. Proud to be a Leader!!! v(^-^)

Wednesday, April 28, 2010

Tesis Problem???Arghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!

apsal lak xlbh run ni???time2 nak present la br ko nak buat hal...bnyk benda lg aku kena buat sblm viva ni...tolonglah jgn buat hal dulu...nnt klo dah viva xpa janji aku blh buat keja aku....xkan semua ArcGIS xblh buka??apa masalah ko ni???xkan nak start dari awal...bnyk tu....arghhhh tension akuuu!!!!!!!!!!!!!

Friday, April 16, 2010

Longkang vs Bola Belakang

Letih sejak awal pagi dah bangun sebab follow member g bersihkan tasik di Bukit Cerakah. Mulanya xnak join walaupun diberi bayaran tapi disebabkan dah lama xberkayak so hati ini menerima dgn seadanya....hehe tasik dia agak luas gak and bunga teratai yang sgt2 banyak tuk dibersihkan. ktorg stop lbh krg 12.45 tghari sbb nak g solat jumaat. ptg tu lak dak2 bomba ajak g main bowling kat ole2. best gak main ramai even xsemua yg dtg. terdapat 2 group yg berentap and of course team ktorg (bola blkg) menjadi johan. hehe

setelah tamat pusingan pertama

kiri: pasukan Longkang kanan: pasukan Bola Belakang

put menjadi pembelot...huhu

salah sorg ahli pasukan bola belakang...syira

terlebih power...hoho

Friday, April 9, 2010

Updated Thesis

perkembangan terbaru tuk tesis: berjaya mengenalpasti lokasi yang sesuai tuk pemasangan pili bomba dan juga cadangan laluan bagi jentera bomba sampai ke lokasi kebakaran di sekitar uitm.




Monday, April 5, 2010

G-Rex Mini Helicopter

helikopter mini ni member baru beli minggu lepas. best gak dpt main time boring2. dah banyak kali langgar dinding sbb xpro lg nak kawal benda alah ni. dia ada 3 channel dan blh terbang lbh krg 1 meter tinggi je. sesuai sgt main dlm rumah je. teringat lak helikopter yang ada kat rumah. lagi besar dari yang ni tapi rotor blakangnya dah patah. insyaAllah sblm balik ni nak cari spare part dia. hehe


hak milik Irsyad. tapi aku yg selalu main kat rumah. hehe

Sunday, April 4, 2010

Thesis


setelah hampir 4bulan struggle buat tesis, akhirnya ianya seperti akan berakhir setelah berjaya menganalisis apa yang patut dianalisis...hehe skrg ni kena tumpukan pada proses menganalisis berdasarkan kreteria yang telah ditetapkan oleh Jabatan Bomba bagi pemasangan pili bomba. best routes selection by using network analyst application almost done. ianya berjalan dgn lancar walaupun sblm ni ada sedikit masalah. thnx to azimah sbb tlg aku (xsia2 ko amik master)...hehe

Buffering for Fire Hydrants

Best Routes using Network Analyst Application

Tuesday, March 30, 2010

Sunway Pyramid Ice Skating

dah lama aku teringin nak main ice skating kat sunway tu dan akhirnya hajat aku itu tercapai jgk. bertolak dari rumah kat sek18 ke kolej teratai dalam kol 9 then g rumah sya dgn mamu. sampai2 je rumah sya mak dia masakkan lak behoon. sedap woo (sbb free) behoon mak sya. pas makan ktorg g amik zati (member sya) kat stesen ktm subang jaya then tros g sunway pyramid. ramai gak org masa tu sbb weekend. ktorg trus g kaunter tny harga. RM26 sekepala (makaih mahal siot) tp disebabkan teringin nak main terpaksala jgk berkorban. mmg ramai gler org main masa tu sampai mcm xcukup ruang nak main. sgt2 best bermain ice skating ni walaupan awalnya asyik jatuh jer. hehe

di tgh2 org ramai yang bermain skali


cubaan pertama..


lenguh kaki jgk main benda alah ni...huhu

Monday, March 29, 2010

ArcGIS 9.3

setelah sekian lama berusaha tuk install software ni akhirnya berjaya jgk aku meng'install'nya. tq to akak lab sbb bagi manual software ni. so skrg ni proses menganalisis data boleh dilaksanakan. due date submit progress report hari jumaat ni. harap2 dr sayed xkomen lebih2 nnt. huhu

Tuesday, March 23, 2010

Kembung Perut...:(

dua tiga hari ni perut asyik masuk angin je. member ckp mgkn sbb makan makanan yang xbersih. xtau la mgkn btul gak kot sbb hari tu makan sate kat uptown rasa mcm xcukup masak je. huhu ni petua nak legakan kembung perut. baru amik kat internet tadi.

Cara2 menyediakan air halia tuk masalah kembung perut:

1. Sediakan sebuku halia dan bersihkan.

2. Tumbuk halia tu tapi jangan sampai terlalu lumat. Biar hancur sedikit dah cukup.

3. Sediakan air panas. Kalau takder, gi jerang dulu. :)

4. Masukkan halia yang dah ditumbuk tadi ke dalam gelas kosong.

5. Kemudian tuangkan air panas dalam gelas yang berisi halia. Agak-agak dalam setengah gelas, ok.

6. Tutup gelas tadi dengan piring. Biarkan selama 10 minit.

7. Selepas itu, tapis air tadi. Bahagikan kepada 2. Setengahnya untuk anda minum dan selebihnya untuk disimpan dalam peti sejuk.

8. Sekiranya perut anda masih belum lega, minumlah baki air halia yang dah disejukkan tu.

9. Ulangi langkah 1-8 sehingga masalah kembung perut anda sembuh. :)


Selamat Mencuba!


Sunday, March 21, 2010

Konvoi Bukit Tinggi dan Genting Highland

destinasi konvoi seterusnya selepas bukit Fraser ialah Bukit Tinggi yang terletak di Pahang. ahli adalah org yang sama ketika konvoi ke Bukit Fraser dan terdapat penambahan sorg member aku, zapet. perancangan asal hanya pergi ke Bukit Tinggi namun kehampaan disebabkan tak berkemampuan tuk masuk ke Colmar Village telah membawa kami ke Genting Highland. perjalanan ke kedua2 tempat ini agak mencabar kerana laluan yang berliku2...huhu
mandi manda di sungai lentang

perjalanan menuju Colmar Village, Bukit Tinggi Pahang

kehampaan kerana tak mampu masuk ke Colmar Village yang mengenakan bayaran RM10 sorg...lari bajet woo!

gambar kenangan sblm meninggalkan bukit tinggi

selamat mendarat di Genting Highland

kabus yg agak tebal. lepak seketika sblm ronda2 genting highland

kat Genting Highland

Thursday, March 18, 2010

Windows 7 or Windows XP?

malam ni tahap kesabaranku benar2 teruji oleh windows 7 ni...dah la tesis aku banyak lagi yang nak siapkan...nak install software pun x boleh...masa guna windows XP xde plak problem macam skrg ni...senang je klo nak install apa2 software....WINDOWS 7 SUCKS!!!!!

Monday, March 15, 2010

Resepi Nasi Kuning...:P

lama gler xmakan nasi kuning...ingat nak try masak la tapi resepi x amik lagi...huhu hari tu dah call mak aku minta resepi tapi buku resepi tu ilang plak...huhu tapi nilah fav food aku mase kecik2 dulu...org kg ckp nasi kuning mak aku paling sedap...org kg ckp la aku iyakan je...hehe

Thursday, March 11, 2010

sleep sleep ciken...=.='

sejak laptop aku masuk icu...aku asyik teringat je kat die...(time ada xde lak nak jaga)...huhu mybe sbb terpikir pasal tesis yang xsiap2 lagi...ya Allah! berilah kekuatan pada hambaMu ini...2-3 hari ni xleh nak tido awal...nak layan FB pon boring gak sbb xramai online...huhu

Tuesday, March 9, 2010

Fraser Hill Unofficial Convoy

sabtu baru2 ni aku ngan geng2 komander seramai 6 org termasuk aku telah konvoi ke bukit Fraser tuk release tension....huhu sepanjang perjalanan nak sampai kat puncak Fraser tu sungguh mencabar dgn jalan yang berliku-liku...mmg kegemaran kuzen (salah sorg rombongan) layan corner kat Fraser ni...dia dah hafal jalan kat Fraser sebab tu la dia berani nak layan lap...huhu ktorg yg first time sampai cuak gak ngan jalan tu...silap sket leh masuk gaung...huhu

menara jam Fraser

empangan selangor (lokasi filem "i'm not single")

air terjun




Thursday, March 4, 2010

Konvoi Komander Teluk Batik

dah lebih 2 minggu konvoi komander berlalu tapi baru skrg terpikir nak post dalam blog ni...hehe ni merupakan konvoi ktorg yang ketiga after Port Dickson, negeri Sembilan dan Cherating, Pahang....kali ni kami buat kat Perak iaitu Teluk Batik...penat lak nak taip panjang2...huhu korang tgk gambar jela k...hehe

kumpul kat kolej teratai 5

makan kat bidor

geng2 jantan

amap and da gang

makan time lepas penat berendam kat laut

puks, aku n oneyh

sukaneka pecah belon

human tower

bola tampar

hepi day

mandi laut

banana boat

siap2 nak balik

commander convoy club

perjalanan pulang